2013-05-28

LIGA REMAJA KREATIF 2013

Pengenalan

Pertandingan Liga Remaja Kreatif 2013 merupakan satu pertandingan kandungan terbitan tempatan terbaik. Kandungan yang disertakan untuk pertandingan ini adalah dalam bentuk dokumentari, sketsa pendek, iklan atau mesej khidmat awam.
Pertandingan ini adalah terbuka kepada kesemua pelajar sekolah menengah di seluruh Malaysia. Jangka masa (durasi) bagi setiap penyertaan adalah di antara 2 – 5 minit dan pada umumnya bertemakan jalur lebar dengan membawa mesej semangat 1Malaysia.

Tema
Tema bagi pertandingan Liga Remaja Kreatif 2013 adalah "KLIK DENGAN BIJAK".

Objektif Pertandingan
Objektif bagi pertandingan ini adalah seperti berikut:
  1. Memupuk minat dan kreativiti dalam pembangunan kandungan;
  2. Mendidik remaja tentang asas kemahiran dan produksi dalam penceritaan dan peralatan; dan
  3. Mencetus keterujaan dikalangan remaja Malaysia terhadap potensi dan peluang dalam industri kandungan.
Durasi Penyertaan
: 2 - 5 minit
Tarikh Mula Penyertaan
: 29 April 2013
Tarikh Tutup Penyertaan
: 31 Julai 2013

Syarat Penyertaan

A. Maklumat Pengenalan
  1. Pertandingan Liga Remaja Kreatif 2013 adalah anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).
  2. Pertandingan ini dibuka dari 29 April 2013 hingga 31 Julai 2013.
  3. Tema bagi produksi adalah KLIK DENGAN BIJAK dan mestilah berbahasa Malaysia.
B. Kelayakan Pertandingan
  1. Pertandingan Liga Remaja Kreatif ini terbuka kepada para pelajar sekolah menengah di seluruh Malaysia.
  2. Pelajar yang ingin menyertai mestilah warganegara Malaysia.
C. Terma dan syarat pertandingan
  1. Penyertaan adalah secara berkumpulan dan setiap kumpulan hendaklah terdiri daripada empat (4) orang pelajar dari sekolah yang sama.
  2. Setiap kumpulan hendaklah mendapat kebenaran daripada ibubapa/penjaga dan pihak sekolah untuk menyertai pertandingan ini.
  3. Ketua kumpulan dikehendaki mengisi borang penyertaan dalam talian yang telah disediakan di http://lrk.skmm.gov.my
  4. Penyertaan hendaklah di antara 2-5 minit.
  5. Video penyertaan hendaklan dimuat naik melalui pautan yang disediakan di borang penyertaan.
  6. Penyertaan boleh dihantar dalam bentuk dokumentari, sketsa pendek, iklan atau mesej khidmat awam.
  7. Penyertaan hendaklah memaparkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia dan tidak menyinggung mana-mana pihak.
  8. Produksi mestilah karya asal pemohon dan tidak pernah menyertai di dalam mana-mana festival filem/video peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
  9. Setiap kumpulan boleh menghantar seberapa banyak penyertaan.
  10. Penyertaan adalah percuma.
  11. Bukti penghantaran tidak dianggap bukti penerimaan. Surat pengesahan rasmi penerimaan akan dikeluarkan oleh Sekretariat Pertandingan Liga Remaja Kreatif kepada pihak sekolah.
  12. Sekretariat berhak menolak penyertaan yang tidak lengkap.
  13. Penyertaan akan dibatalkan sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan tidak asli/diciplak.
  14. Kemenangan peserta akan dibatalkan dan hadiah-hadiah yang diterima akan ditarik balik sekiranya hasil karya tidak asli/diciplak.
  15. Keputusan Panel Juri adalah muktamad. Sebarang surat menyurat tidak akan dilayan.
  16. Hakcipta produksi adalah hakmilik peserta. Peserta mestilah membenarkan Sekretariat Pertandingan Liga Remaja Kreatif menggunakan produksi tersebut bagi tujuan promosi dan siaran sebelum, semasa dan selepas pertandingan.
  17. Peserta juga mestilah membenarkan suntingan dibuat terhadap video penyertaan bagi tujuan penyiaran.
  18. Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua bentuk tuntutan berkaitan dengan produksi terhadap peserta oleh mana-mana pihak yang berkenaan.
  19. Peserta dikehendaki menyimpan video penyertaan asli sekiranya diperlukan.
  20. Pihak sekretariat berhak mendapatkan salinan asal video penyertaan untuk tujuan penyiaran.
  21. PENGETUA ATAU WAKIL PENGETUA HENDAKLAH MENGESAHKAN PENYERTAAN PARA PELAJAR MELALUI EMAIL YANG TELAH DIISI OLEH PELAJAR DI BORANG PENYERTAAN SEBELUM ATAU PADA  31 JULAI 2013.
  22. Setiap video penyertaan hendaklah disertakan maklumat seperti Tajuk Produksi, Nama Pelajar dan Nama Sekolah di awal video. (Sila lihat contoh di bawah)
Contoh:
Liga Remaja Kreatif 2013                 
"Tajuk Produksi"
"Nama Pelajar"
"Nama Sekolah" 
Liga Remaja Kreatif 2013                 
"Pengguna Internet Berhemah"
"Ahmad, Fathin, Muthu, Fiona"
"SMK Cyberjaya, Selangor"

Hadiah

Peringkat Negeri
Hadiah tempat pertama
: RM5,000 beserta kamera digital, trofi dan sijil penyertaan
Hadiah tempat kedua
: RM3,000 beserta kamera digital, trofi dan sijil penyertaan
Hadiah tempat ketiga
: RM2,000 beserta kamera digital, trofi dan sijil penyertaan
Hadiah saguhati
: RM500 x 7 dan sijil penyertaan
Peringkat Kebangsaan
Hadiah tempat pertama
: RM10,000 berserta iPad dan trofi
Hadiah tempat kedua
: RM7,500 berserta iPhone dan trofi
Hadiah tempat ketiga
: RM5,000 berserta iPhone dan trofi

Pertanyaan

Untuk pertanyaan / keterangan lanjut, sila hubungi
SEKRETARIAT
PERTANDINGAN LIGA REMAJA KREATIF 2013
SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA
PRIMA AVENUE 1
BLOK 3507, JALAN TEKNOKRAT 5
63000 CYBERJAYA
No Telefon
: 03 8688 8328 / 03 8688 8475
No Faks
: 03 8688 8469
Emel
ligaremajakreatif@cmc.gov.my
Web
http://lrk.skmm.gov.my